Wednesday, July 9, 2014

Khasiat Resveratrol di dalam VIVIX Shaklee

Apakah Resveratrol?


Resveratrol merupakan satu sebatian polyphenol yang dihasikan daripada tumbuhan. Polyphenol ialah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Berdasarkan kajian yang dijalankan resveratrol dipercayai mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi yang mana mampu menghalang kanser dan penyakit jantung (kardiovaskular).



manfaat resveratrol
manfaat resveratrol untuk kesihatan

Di Perancis amalan meminum wain merah yang dihasilkan daripda anggur merah dipercayai baik untuk kesihatan jantung kerana di dalamnya terdapat kandungan resveratrol. Bermula daripada amalan meminum wain merah inilah kajian demi kajian dijalankan untuk mencari khasiat resveratrol.

Dalam kajian yang melibatkan tikus makmal resveratrol dilaporkan dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah. Ia juga dapat memberikan kesan yang baik kepada kardiovaskular. Resveratrol ditemui dalam kulit anggur merah, dan sumber-sumber lain termasuk kacang tanah dan buah beri.

Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun) adalah sumber komersial resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Reveratrol merupakan salah satu kandungan yang paling penting terdapat di dalam VIVIX SHAKLEE yang diekstrak daripada poligonum Cuspidatum dan juga anggur muscadine.

Berdasarkan kajian terdahulu, resveratrol berfungsi sebagai anti penuaan. Apa yang perlu diketahui proses penuaan merupakan proses semulajadi dan tiada siapa pun dapat menghalangnya daripada terus berlaku. Resveratrol dipercayai mampu melambatkan proses penuaan.

Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat di dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan yang berkalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat tikus yang diuji.

Menggunakan hasil kajian tersebut, Shaklee telah meneruskan kajian itu dan berjaya mencipta tonik anti penuaan yang dihasilkan daripada Resveratrol yang bernama VIVIX shaklee.

Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation Dr. Carsten R Smidt berkata: "Kami bangga dengan pencapaian inovasi Vivix".

Pihak Shaklee telah melaburkan masa dan wang yang begitu banyak untuk menghasilkan minuman botanik yang hebat ini. Gabungan hebat resveratrol dan polyphenol yang terdapat di dalam Vivix telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadpa 4 punca mekanisme penuaan sel.
Empat mekanisme utama itu ialah melindungi dan membaiki DNA, menyelaras genetik, pengeluaran tenaga sel dan memperlahankan proses penuaan sel.

Ini menjadikan VIVIX Shaklee sebagai makanan tambahan antipenuaan yan unik dan jauh lebih baik berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat di dalam produk antipenuaan jenama lain yang ada di pasaran.

Kajian makmal menunjukkan kandungan VIVIX Shaklee 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama resveratrol tunggal.

Oleh sebab itu jelas Carsten saintis Shaklee telah mengenal pasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih berkuasa berbanding hanya resveratrol tunggal dalam menangani 4 mekanisme penuaan sel.

Kandungan utama VIVIX Shaklee ialah diekstrak daripada anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu.




"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
Whatsapp/Telegram: 0139279846

No comments:

Post a Comment