GLA Complex Shaklee Membantu Mengatasi Senggugut

Senggugut ialah kesakitan yang dialami oleh sesetengan wanita semasa haid. Dalam bahasa Inggeris disebut ‘dysmenorrhoea’. Kesakitan ini terjadi disebabkan pengucupan rahim yang sanhat kuat. 

Kebiasaannya senggugut akan berlaku pada hari pertama dan kedua haid seseorang. Ada yang mengalami senggugut yang teruk adan ada yang tidak teruk. 

Bagi wanita yang mengalami senggugut yang teruk, aktiviti harian terpaksa ditangguhkan kerana ia sangat mengganggu. Bagi yang bekerja dan belajar akan mengambil cuti sakit. 
Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium (dinding rahim). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim (serviks). Kebiasaannya, pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Masalah akibat senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan masalah endometriosis.
Terdapat dua jenis senggugut, iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan penguncupan dinding rahim yang kuat. 

Manakala senggugut sekunder pula mungkin disebabkan oleh masalah endometriosis. Endometriosis pula merujuk kepada keadaan lapisan tisu yang melitupi bahagian di dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita.

Walaupun punca sebenar endometriosis kekal tidak diketahui, ada teori yang mengatakan disebabkan pendarahan haid yang berundur atau menyongsang (retrograde menstruation) ke dalam pelvis, aras hormon estrogen yang berlebihan, tisu endometriosis juga boleh merebak melalui salur darah dan tumbuh di tempat-tempat yang jauh dari rahim seperti di dalam paru-paru atau otak dan juga teori metaplasia.

Bagi mengetahui punca sebenar, sebaik-baiknya anda perlu diperiksa oleh doktor pakar sakit puan. Selain daripada ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) untuk melihat jika ada sista (pembengkakan ovari), ujian laparoskopi juga boleh dilakukan untuk memastikan sama ada disebabkan endometriosis dan untuk melihat jika terdapat pelekatan dan penyumbatan pada salur fallopio. 


Jika diagnosis yang dibuat doktor ialah endometriosis, ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengubati keadaan ini dan cara terbaik ialah jika wanita tersebut cepat hamil.

Sebab-sebab lain senggugut ialah jangkitan pada bahagian pelvik (pelvic inflammatory disease) dan juga boleh disebabkan masalah fibroid. Anda perlu menjalani pemeriksaan yang teliti supaya penyakit ini tidak melarat.

Namun, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah mengalami keguguran sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. 


Mereka ini berkemungkinan besar menghidap penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan.


Bagaimana GLA Complex Boleh Membantu Mengatasi Masalah Senggugut??
GLA membantu melegakan PMS
GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

GLA adalah akronim kepada Gama Linolenik Asid yang mana memainkan peranan yang penting untuk menstabilkan hormon di dalam badan kita. GLA bukan sahaja ekslusif untuk wanita tetapi ia juga boleh diambil oleh lelaki. 

GLA sangat membantu terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual iaitu prahaid atau PMS (pra menstrual syndrome), menopause, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Compolex Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GLA Complex shaklee boleh klik MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX SHAKLEE DAN KANDUNGAN GLA COMPLEX SHAKLEE

GLA Complex Shaklee sangat membantu dalam menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan seseorang wanita. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid iaitu senggugut, sakit kepala, mengatur kitaran haid agar sentiasa normal dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.


Seseorang wanita yang mengalami masalah senggugut semasa haid akan menyebabkan kekejangan otot pada rahim. Oleh sebab itu badan wanita tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting) dengan baik untuk menjadi GLA kerana . 

Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.

GLA Complex juga membantu mengurangkan rasa sensitif pada payudara semasa haid.

Bagi pembaca-pembaca blog saya, kakak-kakak dan adik-adik yang menghadapi masalah senggugut cepat-cepatlah cari penawarnya.

Jadi, jangan ambil mudah masalah senggugut ini ye. sayangi diri kita. Jangan segan silu untuk hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Nak beli sendiri pun boleh. Klik link di bawah ni dan ikut langkah seterusnya. Senang saja.



"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk kesihatan kita sepanjang hayat."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:
H/P no: 0139279846
ID Shaklee: 1074356

Comments