Tanda-tanda Tubuh Anda Kekurangan Protein

Tanda-tanda dan simptom-simptom kekurangan protein merupakan petanda awal yang menunjukkan makanan yang kita ambil setiap hari tidak mengandungi protein yang lengkap untuk keperluan tubuh.

Apabila tubuh kita tidak mendapat nutrisi yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik, ia akan menunjukkan tanda-tanda ada sesuatu yang tidak kena pada badan kita. Jangan biarkan jika simptom dan tanda-tanda ini berlaku pada anda.


Walaupun sumber protein yang ada senang didapati, mereka yang menghidapi tanda-tanda kekurangan protein adalah disebabkan pengambilan makanan yang kurang protein. Diet yang tidak seimbang, kurang pengetahuan tentang nutrisi dan kemiskinan menyumbang kepada kekurangan protein.

Masalah kekurangan protein bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng, kekurangan protein boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti batu karang, arthritis, penyusutan otot dan masalah jantung.

kepelbagaian sumber protein yang boleh kita dapati


Di bawah ini ada beberapa tanda-tanda dan gejala yang disebabkan kekurangan protein dalam badan:

  • EDEMA

Edema ialah pengumpulan cecair di bawah kulit yang mana kebiasaannya memberi kesan kepada kaki, tapak kaki dan buku lali. Ia juga boleh terjadi di bahagian anggota badan yang lain. Protein penting untuk menyelenggara keseimbangan air di dalam badan. Tanpa protein air akan berkumpul dengan tidak sempurna.

  • KEHILANGAN BERAT BADAN


Kehilangan berat badan yang teruk juga tanda-tanda seseorang itu mengalami kekurangan protein. Apabila protein kurang badan akan mengambil dan memecahkan protein di dalam otot dan menyebabkan otot menyusut dan membawa kepada penurunan berat badan yang melampau. Kurus sangat pon tak cantik juga..betul tak??

  • KEGUGURAN RAMBUT/RAMBUT NIPIS ATAU KASAR


Rambut memerlukan protein untuk kekal sihat. Rambut dihasilkan daripada protein. Kekurangannya menyebabkan pertumbuhan rambut tidak berlaku dengan sempurna. Jika masalah ini berterusan ia akan menyebabkan keguguran rambut. 

Jadi cepat-cepatlah cari jalan penyelesaiannya sebelum rambut anda menjadi botak..waaa..tak cantiknya kalau orang perempuan botak..

  • RABUNG/BATAS PADA KUKU

Rabung atau batas pada kuku ialah garis-garis halus yang berwarna putih pada kedua-dua kuku ari tangan dan juga kaki. Kuku juga memerlukan protein yang mencukupi untuk tumbuh sihat.


rabung atau batas kuku salah satu petanda anda kekurangan protein


  • KULIT PUCAT

Kulit yang kehilangan pigmen (bahan berwarna) dan mudah mengalami kesan terbakar apabila terkena sinaran matahari adalah disebabkan kehilangan iron yang juga protein.

  • RUAM PADA KULIT


Ruam kulit terjadi apabila kulit menggelupas dan kering akibat kekurangan protein di dalam diet harian. Kekurangan protein yang teruk boleh menyebabkan exzema atau ruam kulit yang lain.

  • BADAN LEMAH & LESU


Apabila kandungan protein di dalam badan semakin menyusut, badan akan bertindakbalas mendapatkan protein dengan mengambilnya daripada otot-otot. Reaksi ini membawa kepada kelemahan dan kelesuan.

  • PROSES PENYEMBUHAN LUKA MENJADI LAMBAT


Asid amino berfungsi dalam pembinaan blok protein yang mana sangat penting untuk proses penyembuhan luka. Asid amino diperlukan untuk menghasilkan tisu-tisu baru semasa proses penyembuhan luka. Kekurangan asid amino menyebabkan proses penyembuhan menjadi lambat.

  • SUKAR UNTUK TIDUR


Kesukaran untuk tidur disebabkan kekurangan hormon serotonin yang mana adalah disebabkan kekurangan asid amino yang tertentu.

  • SAKIT KEPALA


Sakit kepala dikaitkan dengan pelbagai faktor antaranya ialah kekurangan protein. Kekurangan protein yang menyebabkan sakit kepala di dalam dua cara:
- disebabkan anemia
- disebabkan tekanan darah rendah

  • PITAM


Kekuranagan protein juga menyebabkan anda boleh jatuh pitam. Ia juga disumbangkan oleh tekanan darah rendah atau badan kita dikerah bekerja dengan menyerap tisu-tisu otot untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan.

  • SIMPTOM LAIN

Kekurangan protein bukan sahaja ditunjukkan melalui perubahan fizikal malah ia juga memberi kesan kepada emosi seseorang.

Antaranya ialah kemurungan, masalah dengan penyelesaian konflik, tekanan teruk, kebimbangan dan kekurangan tenaga iaitu tiada keinginan untuk melakukan sesuatu perkara.

Bagimana Shaklee boleh membantu anda mengatasi masalah kekurangan protein ini?


Dua produk hebat yang dapat membantu anda mengatasi masalah kekurangan protein ialah Energizing Soy Protein dan Mealshakes.

Energizing Soy Protein



ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. ESP Shaklee juga mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Satu hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu.

Apa itu asid amino?

Protein terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang mana setiap satunya akan menghasilkan protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu.

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut untuk keperluan tubuh kita.

Klik KEISTIMEWAAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Klik KEBAIKAN ENERGIZING SOY PROTEIN

MEALSHAKES



Mealshakes Shaklee mengandungi protein dan asid amino yang lengkap untuk keperluan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Mealshakes dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti mudah diserap oleh sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah orang dewasa.

Klik MEALSHAKES SHAKLEE untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat utamanya


Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

Jom order sekarang. Apa tunggu lagi. Rugi tau tunggu lama-lama. Nak oerder sendiri pon boleh. Boleh guna kad kredit atau kad debit.

Nak order??? Sila klik link di bawah ini.

Beli ENERGIZING SOY PROTEIN DAN MEALSHAKES di sini



Dengan membuat pembelian dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:
  • jadual pengambilan vitamin secara teratur
  • konsultasi percuma secara berterusan
  • tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli
"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
H/P no: 0139279846
COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Comments