Turunkan Paras Kolesterol Dengan Shaklee

Apa itu Kolesterol?


Kolesterol ialah bahan seperti lilin dan lemak. Kolesterol boleh ditemui di dalam setiap sel dan aliran darah tubuh manusia dan mempunyai fungsi secara semulajadi yang penting. 

Kolesterol adalah berasaskan minyak dan tidak bercampur dengan darah yang berasaskan air. Ia dibawa ke seluruh tubuh di dalam darah oleh lipoporotein. 

Kolesterol dibawa oleh dua jenis lipoprotein iaitu:

  • Lipoprotein ketumpatan rendah (Low-density lipoprotein/LDL - kolesterol jenis ini dikenali sebagai kolesterol jahat)
  • Lipoprotein kepadatan tinggi (High-density lipoprotein/HDL - kolesterol jenis ini dikenali sebagai kolesterol baik).



Kolesterol mempunyai empat fungsi utama iaitu:

  • Menyumbang kepada struktur dinding sel
  • Membentuk asid hempedu untuk proses pencernaan di dalam usus
  • Membenarkan badan menghasilkan vitamin D
  • Membolehkan badan membuat hormon tertentu.

Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan mendapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri (saluran darah).


arteri tersumbat menyebabkan sakit jantung

Plak yang tersumbat ini menyempitkan aliran darah dan oksigen. Apabila ini berlaku jantung akan mengepam darah dengan lebih kuat untuk melalui arteri yang tersumbat itu dan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok. 

Oleh itu amat penting untuk kita mengawal paras kolesterol agar ia sentiasa berada pada paras yang selamat untuk kesihatah jantung dan sekaligus mengelakkan risiko penyakit kardiovaskular yang disebabkan kegagalan jantung berfungsi dengan baik. 

Dua perkara asas yang amat penting untuk kita menurunkan kolesterol secara semulajadi iaitu;


DIET SIHAT

Makanan seimbang penting untuk kesihatan dan kawal kolesterol

Diet yang seimbang dan betul amat penting untuk mengawal paras kolesterol di dalam darah. Amalan memakan buah-buahan dan sayuran mampu mengawal dan menurunkan kadar kolesterol. Kurangkan pengambilan makanan yang berasaskan lemak, makanan bergoreng dan bersantan mampu mengawal tahap kolesterol.  

GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman penting untuk kesihatan jantung

Umum mengetahui rakyat Malaysia kurang gemar melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Senaman atau aktiviti fizikal yang tidak mencukupi boleh mencetuskan masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti. 

Penyakit obesiti ini jika tidak dikawal boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan sebagainya. 

Bersenam selama 30 minit setiap hari dengan berjalan kaki mampu menurunkan paras kolesterol. Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, membakar kalori untuk menjadikan anda sentiasa sihat dan langsing.

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu??


Bagi anda yang menghadapi kolesterol tinggi dan juga terlalu rendah serta berada di dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda supaya merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana suplemen. 

Ini kerana dikhuatiri adanya tindak balas antara ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital dengan suplemen yang diambil.

Jika anda ingin mencuba menurunkan kolesterol dengan cara semulajadi tanpa ubat, haruslah diingatkan bahawa pengambilan suplemen bukanlah suatu magic yang boleh menyembuhkan segala penyakit dengan sekelip mata. Suplemen hanya membantu di samping pnegawalan makanan jug aharus dititik beratkan.

Walaubagaimapun pengambilan secara konsisten dan mengamalkan tips yang disebutkan akan membantu anda mengatasia masalah ini.

PHYTOCOL-ST (60 tablet)


Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol

  • Phytocol-ST ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh secara semulajadi.
  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol (fitosterol) yang didapati secara daripada tumbuhan, buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran yang terpilih.
  • Membekalkan 2,000mg sterol & stanol tumbuhan yang diperlukan oleh tubuh manusia setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.
phytocol-st Shaklee membantu menurunkan kolesterol secara semulajadi
Phytocol-St Shaklee dirumus daripada bahan-bahan terpilih yang mengandungi fitosterol untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah secara semulajadi. Ini telah terbukti secara klinikal dan berdasarkan kajian lebih daripada 80 kajian yang telah dijalankan untuk menguji keberkesanan produk ini.

TAHUKAH ANDA??


Untuk mendapatkan sterol dan stanol (fitosterol) yang secukupnya anda perlu mengambil makanan-makanan ini setiap hari..
  • 200 batang lobak merah
  • 72 keping roti gandum 
  • 425 biji tomato
phytocol-st shaklee membantu menurunkan kolesterol secara semulajadi


Hmmm..agak-agak mampu tak kita nak telan semua ni dalam masa sehari..boleh pecah perut kot..So apa nak susah, beli saja PHYTOCOL-ST SHAKLEE. Senang cerita..tak payah fikir nak pergi kedai beli berkilo-kilo lobak dan tomato lagi. Kalau nak bandingkan kos membeli lobak dan tomato entah-entah lagi mahal dari beli PHYTOCOL-ST sebotol kan..



Jadi apa tunggu lagi. Segera dapatkan produk yang hebat ini. Sayangi jantung anda. Kawal koesterol anda sekarang sebelum ia mengawal hidup anda. Cegah sebelum parah.



Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli




"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
H/P no: 0139279846
COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Comments