Janji Seorang Hamba

Lafaz yang diutarakan lima kali sehari menggambarkan  betapa seriusnya kita menjadikan solat yang didirikan hanyalah untuk Allah. Perintah mendirikan solat perlu dihayati dengan sepenuh hati. 

Allah SWT telah mewahyukan perintah solat kepada baginda Rasulullah SAW dengan memerintahkan baginda mengadap Allah SWT. Pastinya ada kelebihan bagi mereka yang menunaikan solat dengan khusyuk dan sempurna.

Di sebalik solat terdapat 5 Janji seorang hamba kepada Allah

Solat Hanya Untuk Allah


Di dalam solat kita akan melafazkan aku janji ini: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidypku dan matiku hanya kera Allah Tuhan sekalian alam". Sekurang-kurangnya ungkapan keramat ini diucapkan sebanyak lima kali sehari. 

Ini menggambarkan seriusnya kita menjadikan solat yang didirikan hanya untuk Allah SWT. Mengikat jiwa dan minda kita dengan menjadikan Allah matlamay hidup kita.


Saat Hamba berhadapan dengan Allah


Solat merupakan satu proses di mana roh akan berhubung secara langsung dengan Allah SWT serta diiringi gerakan anggota fizikal berserta kalimah yang dilafazkan. Seolah-olah kita sedang 'mikraj' kepada Allah SWT menagih maghfirah-Nya. Ini bermakna kit aberhadapan secara langsung dengan Allah SWT. 

Di saat ini kita hendaklah merasakan diri kita ini benar-benar hina, lemah, berdosa dan serba kekurangan tatkala sedang berhadapan Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Gagah dan Raja untuk sekalian raja.


Pakej Ibadah

Solat merangkumi ibadah zikir, selawat bacaan al-Quran, tasbih, tahmid dn doa. Contohnya, bacaan al-Fatihah termasuk dalam ayat al-Quran, bacaan tahiyat termasuk dalam hadis dan bacaa ketika rukuk dan sujud termasuk dalam tasbih kepada Allah SWT. 

Setiap pergerakan dalam solat adalah meliputi amalan khusus para malaikat. Ada malaikat yang khusus untuk rukuk, sujud dan seterusnya. Manakal asolat yang kita lakuakn setiap hari merupakan gabungan seluruh malaikat. Hebatnya ibadah solat ini yang menjadi pakej yang amat lengkap untuk manusia khususnya.


Anggota Zahir dan Batin

Rukun solat meliputi rukun Qauli(bacaan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (hati). Membaca al-Fatihah ialah rukun qauli, rukuk dan sujud ialah ruk fi'li dan  iat ialah rukun qalbi. 

Dengan solat kita telah mengaktifkan seluruh anggota badan zahir dan batin untuk saling menjalankan tugas di saat berhadapan dengan Allah Rabbul Jalil. Solat menjadi lebih padu dan sempurna jika dapat disertai dengan khusyuk sepanjang pergerakan zahir dan batin.


Asas Disiplin Yang Mantap

Solat sebenarnya satu latihan fizikal yang boleh mendisiplinkan seseorang. Bagaimana solat mendisiplinkan kita?? Apabila ingin menunaikan solat sudah pasti seseorang itu akan menjaga sebaik-baiknya diri dan pakaian dari terkena najis. Dirinya juga tidak akan melakukan pergerakan besar 3 kali berturu-turut yang boleh membatalkan solat. 

Tidak mengeluarkan kata-kata selain dari lafaz bacaan yang telah ditetapkan. Menahan diri daripada makan dan minum sepanjang dalam solat. Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Dadanya sentiasa menghadap ke arah kiblat. 

Mengoptimumkan diri untuk menunaikan solat pada waktu yang ditetapkan. Apabila mendirikan solat hati dan fikiran mesti khusyuk dan fokus hanya kepada Allah SWT sahaja bermula takbiratul ihram hinggalah salam. Disiplin yang disebutkan di atas amat penting untuk mendapatkan solat yang khusyuk. Mengabaikannya boleh menjadikan solat kita tidak khusyuk.

Berusahalah kita untuk mennunaikan solat dengan sempurna dan khusyuk. Bagi yang mengerti makna di sebalik  solat, ia bukan sekadar suruhan wajib yang dituntut untuk menunaikannya. Di sebalik ritual yang dilakukan 5 kali sehari ini tersimpan kelebihan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Solatlah sebelum kamu disolatkan

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Comments