Keajaiban Sains dalam Al-Quran

Banyak fakta-fakta dan penemuan sains hasil kajian dan penyelidikan yang membenarkan apa yan dinyatakn dalam al-Quran. Fakta-fakta itu ditemui setelah Rasulullah SAW wafat lebih 1400  tahun yang lalu. 

Penemuan sains ini bukan sahaja menjadi bukti kebenaran al-Quran, malah apa yang lebih penting ini membuktikan kebenaran al-Quran yang merentas masa da ruang (time and space).

Antara fakta sains yang menyokong kebenaran al-Quran ialah:

#1 Bintang-bintang dan nebula Ros.
Nebula Ros merupakan salah satu dari 3 Keajaiban Sains dalam Al-Quran

Allah berfirman yang bermaksud: "Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi mawar seperti (kilapan) minyak." (Surah al-Rahman 55:37). Penemuan Sains pada hari ini menunjukkan apabila bintang mengalami proses kehancuran, ia bertukar menjadi gumpalan gas. Gas-gas ini kemudiannya bersinar dan apabila dilihat dari jauh, ia menyerupai bentuk-bentuk tertentu antaranya bentuk bunga ros yang bersinar.

#2 Di Sebalik Tiga Kegelapan

Allah berfirman yang bermaksud: "Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian dalam tiga kegelapan." (Surah al-Zumar39:6). Menurut Said Hawa, tiga kegelapan tersebut merujuk kepad abdomen, rahim dan uri. Kenytaan ini selari dengan penemuan saiins menurut Prof Keith L.Moore, pakar embriologi.

#3 Bijirin bertangkai

Allah berfirman dalam surah Yusuf ayat 47-48 yang bermaksud: "Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh 7 tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketambiarkanlah ia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk mkan. 

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, 7 tahun kemarau yang besaryang akan menhabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

Berdasarkan kajian Dr. 'Abd al-Majid bil'abd dan rakannya dari Universiti Rabat di Morocco terhadap bijirin menemui penemuan berikut terhadap bijirin ang disimpan denga tangkai selama dua tahun.
Keajaiban Sains dalam Al-Quran

Allah SWT tidak mencipta alam ini dengan sia-sia. Alam diciptakan dengan tujuan yang khusus dan istimewa. Selain ia menjadi gelanggang manusia untuk melaksanakan tujuan hidup sebagai hamba Allah dan khalifah alam juga adalah hasil karya Allah untuk mengajar dan mendidik manusia.

Rujukan:
SOLUSI ISU No.20

Comments

  1. Semua rahasia di bumi semua ada dalam Al Quran...kalau anda mau mengetahui rahasia ini buka lah Al Quran...hati jadi tenang dan damai...

    ReplyDelete

Post a Comment