Masker Wajah Daripada Bahan Semula Jadi

Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan berseri anda tidak semestinya perlu menghabiskan wang beribu ringgit dan berbelanja besar membeli produk yang mahal dari luar negara. Bagi yang berkemampuan mereka boleh membelai wajah dan tubuh di spa yang mahal.

Namun bagi yang mempunyai bajet yang terhad anda masih boleh merawat dan memanjakan diri dan tubuh anda dengan menggunakan kreativiti tersendiri dan ilmu kecantikkan yang boleh didapati dengan mudah melalui bahan bacaan di internet, buku dan majalah.



Entry kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang merawat kulit  wajah dengan menggunakan masker wajah daripada bahan dapur seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan herba yang sedia ada di rumah kita. 

Kadang-kadang kita tidak tahu sesetengah bahan yang ada di sekitar kita boleh digunakan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.

Bahan-bahan ini bukan sahaja tidak memerlukan kita mengeluarkan belanja yang besar malah sangat mudah untuk disediakan. Apa yang paling penting bahan-bahan ini adalah semula jadi yang kaya dengan pelbagai khasiat dan selamat untuk digunakan. 

Teruskkan pembacaan anda untuk mengetahui beberapa masker yang boleh dipraktikkan semasa di rumah.

Masker Putih Telur Hilangkan Bintik Hitam

Masker Wajah Daripada Bahan Semula Jadi seperi putih telur

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur
  • 4 hibgga 5 keping kapas muka
Cara membuatnya:
  1. Pecahkan telur, ambil bahagian putih telur sahaja.
  2. Kemudian rendamlan kapas muka ke dalam telur putih tadi.
  3. Langkah seterusnya, sapukan kapas tersebut pada wajah dan tunggu sehingga kering. Untuk bahagian wajah yang bermasalah seperti hidung, anda boleh lekatkan kapas yang telah direndam dengan telur putih.
  4. Biarkan telur yang telah diapu sehingga kering dan tarik kapas muka secara perlahan-lahan.
  5. Kemudian bilas muka dengan air suam.
  6. Anda boleh mencuba masker telur ini seminggu sekali. Anda psti berpuas hati dengan hasilnya.
  7. Masker telur ini dapat mengurangkan bintik-bintik hitam (blackhead) terutama di bahagian hidung.

Masker Sayur Kubis Atasi Kulit Kering

Baha-bahan:
  • Sedikit hirisan sayur kubis
  • Dua potong timun
  • Sedikit air
Masker Wajah Daripada Bahan Semula Jadi seperti kubis dengan mengisarnya

Cara membuatnya:
  1. Kisar kubis dengan sedikit air.
  2. Masukkan ke dalam peti ais seketika. Anggaran antara 5 hignga 10 minit sahaja.
  3. Kemudian, sapukan pati kubis tadi ke seluruh wajah anda.
  4. Langkah seterusnya, letakkan hirisan timun di atas mata. Timun dikatakan dapakan dapat menghilangkan lingkaarn gelap di bawah mata. 
  5. Anda boleh mempraktikan masker kubis ini dua kali seminggu, kesannya wajah akan lebih lembap dan halus

Masker Madu Tegangkan Kulit Wajah

Bahan-bahan:
  • madu secukupnya
  • sedikit hirisan limau nipis
Masker Wajah Daripada Bahan Semula Jadi Madu
Cara membuatnya:
  1. Sapukan madu ke seluruh wajah termasuklah bibir anda kecuali mata ye.
  2. Gunakan kapas yang telah dibasahkan untuk menutup bahagian mata.
  3. Biarkan madu yang telah disapu ke wajah sehinga kering.
  4. Kemudian, anda boleh mencuci dengan menggunakan potongan limau nipis (isi limau).
  5. Bilas dengan air sejuk sehingga besih
  6. Lakukan masker ini dua minggu sekali. Masker menggunakan madu dikatakan membantu menegangkan kulit wajah, menjadikan kulit halus dan kemerahan. Madu sememangnya mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan kita jika diamalkan setiap hari. 
Selamat mencuba.

Comments

  1. kalau zaman saya dulu memang buat masker guna putih telur, tapi zaman sekarang dah ada egg white mask yang hangat dipasaran...mudah dan cepat..hehe

    Bagaimana Jana Wang Dari Blog

    ReplyDelete
  2. adelle alexa sorry ye baru reply mesej kamu..sebenarnya saya kurang faham pertanyaan kamu itu..apa maksud tren kaos kaki wanita...???

    ReplyDelete

Post a Comment