5 Jenis Makanan Kurangkan Sakit Akibat Migrain

Perkataan migrain berasal daripada istilah Yunani iaitu Hemicrania. Hemi membawa maksud setengah manakala cranium pula bererti tengkorak kepala. Menurut kajian, penyakit migrain serius yang kerap dialami ini boleh membawa kepada penyakit lain seperti serangan jantung, darah tinggi dan jiga strok.


5 Jenis Makanan Kurangkan Sakit Akibat Migrain

Ramai masyarakat hari ini yang menghadapi penyakit migrain. Seseorang yang diserang migrain akan berasa sakit sebelah kepala, berdenyut dan pening.

Jika rasa sakit semakin teruk boleh membuatkan seseorang itu mual dan muntah. Serangan migrain boleh berlaku di antara satu hingga 2 jam atau lebih. dan boleh berlaku beberapa kali dalam seminggu. 

Selain ubat-ubatan yang dibekalkan pihak hospital, pelbagai kaedah dan cara lain yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah migrain ini. Pengambilan ubat-ubatan yang berasaskan dadah dan bahan kimia boleh mendatangkan risiko penyakit lain.

Sekiranya anda menghadapi masalah ini dan sedang mencari jalan alternatif lain menggunakan kaedah semulajadi bebrapa makanan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah migrain. 

Berikut adalah lima makanan yang dikatakan boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain.

5 Jenis Makanan Kurangkan Sakit Akibat Migrain


#1 Brokoli

Biasanya rasa sakit kepala akibat migrain akan menyerang apabila seseorang itu kekurangan magnesium di dalam tubuh. Pada saat ini sel-sel tubuh akan mula aktif. Bagi mengelakkan berlakunya kekurangan magnesium, anda dinasihatkan mengambil sayuran hijau yang mengandungi magnesium yang tinggi seperti brokoli. Brokoli dikatakan mampu menyeimbangkan kekurangan magnesium di dalam badan kita sekaligus membantu mengurangkan risiko mendapat serangan migrain.

#2 Yogurt
5 Jenis Makanan Kurangkan Sakit Akibat Migrain

Yogurt ataupun lebih dikenali sebagai susu masam sememangya telah diakui mempunyai banyak khasiat seperti riboflavin yang mana sangat bermanfaat untuk kesihatan dan fungsi tubuh agar berfungsi dengan baik. Riboflavin juga merupkan sebahagian vitamin B iaitu vitamin B2 memainkan peranan yang penting dalam menambah tenaga  dan membantu meredakan rasa sakit di bahagian kepala akibat serangan migrain.

#3 Telur

Kandungan protein yang terdapat di dalam telur dapat membantu mengawal kadar glukosa dalam darah dan seterusnya memberikan tenaga kepada tubuh untuk menjalankan aktiviti sepanjang hari tanpa gangguan sakit kepala. Mengambil telur yang separuh masak sebagai menu sarapan dikatakan amat baik untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. 

#4 Bayam

Bagi wanita yang didatangi haid kebiasaannya akan mengalamai kehilangan banyak magnesium. Jadi, jika anda tidak bersedia, migrain akan menyerang. Elakkan mengambil pil atau ubat-ubatan sebaiknya sediakan sayur bayam di rumah. Bayam juga dikenali sebagai makanan yang mengandungi kadar magnesium yang tinggi dan juga kaya dengan mineral yang akan membantu mengatasi masalah ini.

#5 Susu rendah lemak

semua orang tahu susu kaya dengan kalsium. Kekurangan kalsium di dalam tubuh dikatan menjadi punca serangan migrain. Pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium dapat membantu mengatasi ketegangan pembuluh darah yang akan mempengaruhi transmisi impuls saraf.

Seperti yang diketahui apabila berlaku gangguan ini aa mengakibatkan kepala menjadi berat dan dada akan berdebar-debar. Bagi mereka yang mempunyai sejarah migrain, pastikan makanan yang anda ambil setiap hari megandungi kalsium yang mecukupi.

3 Cara Lain Elak Migrain


#1 Senaman ringan

Anda hanya perlu memperuntukkan masa selama 30 minit sahaja sehari untuk bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bersenam membantu mendapatkan tubuh yang sihat. Tubuh sihat minda pun sihat.

#2 Kenal pasti keadaan cuaca

Setiap pergerakan anda di luar rumah atau di pejabat hendaklah dirancang dengan baik. Dengan cuaca yang tidak menentu pastikan jangan terlalu lama berada di luar rumah atau pejabat. dalam keadaan cuaca yang terlalu panas migrain mungkin boleh menyerang anda.

#3 Jangan abaikan makan

Bagi anda yang menghadapi migrain jangan sesekali mengabaikan waktu makan anda. Jangan biarkan perut anda kosong tanpa diisi dengan makanan. Perut yang kosong akan meningkatkan risiko mendapat serangan migrain.

Ada ke cara lain yang lebih selamat untuk atasi migrain?


Rawatan alternatif dengan mengambil supplemen yang dihasilkan dari bahan semulajadi adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain tanpa meningggalkan kesan sampingan yang tidak diingini.


Kenapa suplement lebih baik dari ubat?

Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan (bahan semulajadi), dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini bermanfaat untuk kita semua. Selamat beramal.

Comments