8 Tips Kempiskan Perut Buncit Sebelum Seluar Jeans Tak Boleh Nak Butang

Perut buncit atau boroi bukanlah sesuatu yang diingini terutamanya bagi kaum wanita. Perut buncit boleh menjejaskan penampilan seseorang dan ia menunjukkan seseorang itu makan berlebihan. 
Sebab itu sunnah nabi mengajar kita makan secara sederhana. Apa yang Nabi buat rasanya ramai yang dah tahu kan. Adab Nabi Muhammad ketika makan ialah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang..

Tetapi kita hari ini kenyang pon makan, lapar apatah lagi..makan sampai tak ingat dunia..Jangan marah..gurau je..
8 Tips Kempiskan Perut Buncit Sebelum Seluar Jeans Tak Boleh Nak Butang
Perut buncit sampaikan nak butangkan seluar jeans pon tak boleh..ini tak boleh jadi..

Di dalam entri ini saya ingin berkongsi dengan kalian semua 8 tips untuk kempiskan perut buncit dengan berkesan tanpa anda mengeluarkan duit pun.

Anda takkan rugi jika mencuba dan mengamalkan 8 tips kempiskan perut ini. Anda semua mampu mengubah perut yang buncit menjadi rata dan ramping seperti artis gituuu..

Tetapi dengan satu syarat mestilah dilakukan secara konsisiten sehinggalah mendapat hasil yang diidamkan. Kalau hangat-hangat tahi ayam, memang tak kemana la jawabnya.

Rasanya ramai di luar sana yang menghadapi masalah perut buncit ni..Tak kira lelaki atau pun wanita. Jom kita baca selanjutnya.

8 Tips Kempiskan Perut Buncit Sebelum Seluar Jeans Tak Boleh Nak Butang


Makan makanan yang betul


Maksudnya di sini ialah pemakanan yang seimbang dalam setiap hidangan kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang seimbang harus megandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral serta protein.

Tinggalkan Makanan Ringan


Kita sedia maklum makanan ringan dan makanan segera (junk food) tidak berkhasiat dan tidak bagus untuk kesihatan jika diambil secara kerap.

Ia akan menyebabkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Untuk mengecilkan perut yang buncit pengambilan karbohidrat yang diproses haruslah dielakkan. 

Begitu juga dengan gula, makanan bergoreng, makanan segera dan apa sahaja makanan yang berlemak.

Berhenti Makan Lewat Malam


Ramai di kalangan kita yang akan terus tidur selepas makan lewat malam.

Tabiat ini wajib dielakkan njika ingin kempiskan perut buncit kerana gula berlebihan yang terdapat di dalam menu hidangan lewat malam akan ditukar kepada lemak.

Ini kerana badan kita tidak mampu membakar lemak semasa tidur.

Elakkan Minuman Bergula


Minuman bergula seperti air kotak, air bikarbonat atau minuman bergula mengandungi banyak kalori yang akan merosakkan projek anda untuk kempiskan perut.

Cara yang terbaik ialah minum minuman putih sahaja. Air putih akan memudahkan anda menurunkan berat badan. Minum air jus limau atau lemon juga membantu mengecilkan perut kerana ia bertindak mempercepatkan metabolisme.

Jadikan minum air perahan jus limau ini sebagai minuman harian anda. Tak percaya cubalah. Pasti ada perbezaannya.

Nak minum air manis boleh tapi tukar gula putih kepada pemans stevia atau madu. Ia lebih sihat dan selamat.

Lakukan Senaman Kardio


Antara senaman kardio yang boleh diamalkan ialah berjoging, berjalan laju, dan menaiki tangga. Senaman ini amat penting jika anda inginkan seluar jeans boleh dipakai semula.

Ini kerana senaman kardio membantu membakar kalori dengan lebih banyak dari melakukan senaman perut.

Kurangkan Garam Dalam Masakan


Sebaiknya gantikan makanan yang tinggi kandungan garam dengan makanan yang lebih berkhasiat dan bergizi. Garam boleh menyebabkan tubuh kita mengekalkan air dan membuatkan perut seperti kembung.

Makan Produk Tenusu Rendah Lemak


Bgai mereka yang suka akan produk tenusu ambillah yang rendah lemak, yang kaya dengan protein dan vitamin B6. 

Pilih Makanan Rendah Indeks Glisemik


Makanan yang berindeks glisemik rendah mengambil masa yang yang lama untuk dicerna. Sebab itu perut akan berasa kenyang lama. Jadi tak adalah asyik nak menguyah je kan.  

InsyaAllah jika diamalkan secara konsisten dan berterusan 8 Tips Kempiskan Perut Buncit ini, bahagian perut korang kembali kempis seperti artis K-pop gitu..Nak kurus ni kena la sabar sikit tau.

Apa yang penting pemilihan makanan wajiblah diambil berat. Dan yang terpenting juga jagalah adab makan sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jangan makan suka hati je. Kalau main ngap je sampai sudah la tak kempis perut buncit tu. 

Semoga bermanfaat. selamat beramal..

Salam sayang
Nor Akmal

Comments