Pengambilan Gula Berlebihan Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif...Betul Ke?

Ramai yang tak percaya dan tak dapat terima hakikat bahawa gula pasir dan bahan makanan yang mengandunginya boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif. 

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan otak manusia memerlukan glukosa untuk berfungsi. Otak manusia tidak boleh menyimpan glukosa jadi sumber glukosa diambil dari glukosa yang ada dalam darah. Paras glukosa yang diperlukan lebih kurang 100mg glukosa bagi setiap 100ml darah.

Otak amat sensitif apabila apabila paras glukosa melebihi 100mg/ml. Apabila kandungan glukosa ini tinggi (hyperglycaemia) sistem pengangkutan glukosa ke dalam sel-sel otak akan tertutup dan gula tidak dapat masuk ke sel-sel otak. 

Dalam keadaan ini otak akan mengarahkan limpa untuk mengeluarkan insulin yang akan menyalurkan glukosa ke otot-otot dan dibakar untuk menghasilkan tenaga. 


Pengambilan Gula Berlebihan Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif...Betul Ke

Proses pembakaran tenaga ini akan menggerakkan otot-otot. Jika pembakaran berlebihan akibat terlalu banyak glukosa, kanak-kanak akan bergerak tanpa dapat dikawal. Inilah yang disebut sebagai hiperaktif.

Tenaga yang dihasilkan secara berlebihan ini akan menyebabkan kanak-kanak mula melompat-lompat, berlari dengan aktif sekali, menjerit-jerit dan berkelakuan yang sukar dikawal.
(Rujuk Diges Pendidik jilid 9 Bil. 1/2009Ciri dan Punca Berlakunya ADHD dalam Kalangan Kanak-kanak)

Mengikut kajian yang dijalankan Unit Psikiatri Universiti of Bristol United Kingdom pada tahun 2009, kanak-kanak yang mengambil makanan ringan seawal usia usia 4 tahun menjadi punca kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif. (Rujuk drzubaidi.com )


Apa itu kanak-kanak hiperaktif?


Hiperaktif merupakan salah satu ciri ADHD. ADHD singkatan kepada attention deficit hyperactive disorder. Hiperaktif bukanlah satu penyakit. Kanak-kanak hiperaktif hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menyebabkan mereka sukar untuk mengawal diri sendiri. 


Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif


  • Kerap menggerakkan tangan dan kaki atau menggeliat-geliat di tempat duduk.
  • Selalu meninggalkan tempat duduk dalam kelas, kurang perhatian dan memberikan tumpuan (fokus) yang lebih banyak terhadap sesuatu perkara lain yang lebih diminati.
  • Sering berlari ke sana dan ke mari atau memanjat dengan melampau dalam situasi yang tidak sesuai. contohnya kanak-kanak ini mungkin berlari dan melompat di dalam kelas ketika guru sedang mengajar.
  • Kerap menghadapi masalah bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap. Mereka ini tidak bercakap banyak atau gagal mengawal pertuturan mereka. contohnya mereka tidak tahu masa yang seharusnya perlu diam atau masa mereka perlu bercakap.
  • Selalu on the go iaitu mereka sentiasa dalam keadaan bergerak cergas atau kerap dilihat seperti digerakkan oleh motor.
  • Bercakap tanpa henti atau terlalu banyak bercakap.
  • Kadang-kadang cuma mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat difahami sahaja.

Selain merawat kanak-kanak hiperaktif dengan ubat-ubatan hospital, pengambilan makanan tambahan (suplemen) amatlah digalakkan. 

Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad pengambilan minyak ikan omega 3 setiap hari selama 6 bulan bagi kanak-kanak hiperaktif (ADHD) dapat mengurangkan keresahan, sikap agresif, dapat menyempurnakan kerja dan dapat meningkatkan prestasi akademik. 

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD)



Pengambilan Gula Berlebihan Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif...Betul Ke?

Asid lemak omega 3 yang terdapat di dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak hiperaktif (ADHD). Menurut umm.edu Asid lemak omega 3 memainkan peranan yang penting untuk memastikan fungsi normal otak.

Pengambilan Gula Berlebihan Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif...Betul Ke?

Di dalam Vita-Lea for Children mengandungi Zinc, magnesium, zat besi dan Vitamin B8 yang diperlukan oleh kanak-kanak hiperaktif (ADHD).


Zinc

Ada beberapa kajian mengatakan kanak-kanak hiperaktif (ADHD) mempunyai kandungan zink yang rendah di dalam darah. Zink memainkan peranan dalam fungsi neurotransmitter dan menyokong kesihatan otak.


Magnesium

Magnesium merupakan mineral penting yang mengawal lebih 300 tindak balas biokimia dalam badan. Mineral ini memainkan peranan penting dalam fungsi tubuh manusia. Kekurangan magnesium boleh mencetuskan keresahan, kurang tumpuan, cepat marah dan kekeliruan mental.

Dalam satu kajian awal 75 kanak-kanak yang kekurangan magnesium dengan ADHD, mereka yang menerima makanan tambahan magnesium menunjukkan peningkatan dalam tingkah laku berbanding dengan mereka yang tidak menerima makanan tambahan.

Vitamin B6


Badan manusia memmerlukan vitamin B6 yang mencukupi untuk menghasilkan bahan kimia otak yang memberi kesan kepada kanak-kanak ADHD.

Zat Besi

Menurut www.healthline.com kekurangan zat besi bagi kanak-kanak menyebabkan mereka cepat marah, kemerosotan kognitif dan ketidakupayaan pembelajaran.



Inginkan vitamin untuk anak-anak yang hiperaktif dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?


Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Comments