10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia

Korang tahu tak kanser adalah salah satu daripada sebab utama kematian yang berlaku di Malaysia.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2007, secara keseluruhannya terdapat 10 jenis kanser utama yang sering berlaku di kalangan rakyat Malaysia.

Lima kanser yang paling kerap di kalangan lelaki Malaysia pada tahun 2007 adalah paru-paru, kolorektal (kolon dan rektum), nasofarinks, prostat dan limfoma. 

Lima jenis kanser yang paling biasa menyerang wanita adalah kanser payudara, kolorektal (kanser kolon dan rektum), pangkal rahim (serviks), ovari dan paru-paru.

10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia

Kanser Payudara


Insiden penyakit kanser payudara banyak berlaku di kalangan kaum Cina diikuti oleh kaum India dan Melayu. Statistik pada tahun 2007 menunjukkan ramia wanita yang berumur di antara 50 hingga 59 tahun mendapat kanser payudara.


Kanser Kolorektum (klorektal)



Kanser kolorektal atau kanser kolorektum ialah kanser yang berlaku pada usus besar iaitu kolon dan rektum (hujung kolon). Kanser ini adalah kanser kedua yang paling banyak kes di kalangan lelaki dan perempuan selepas kanser payudara.


10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia


Kanser Paru-paru


Kanser paru-paru ialah kanser yang paling utama berlaku di kalangan kaum lelaki. Kanser ini juga menjadi kanser ketiga palin lazim berlaku di Malaysia selepas kanser payudara dan kanser usus besar.

Kaum Cina mencatatkan kes yang paling banyak berbanding Melayu dan India. Kebanyakan kes lambat dikesan. 

90% punca kanser paru-paru disebabkan merokok. Perokok pasif juga berisiko tinggi mendapat kanser paru-paru. Jangan ingat korang tak merokok takkan dapat kanser paru-paru ye. 

Kalau suami, ayah dan adik beradik lelaki korang adalah perokok tegar korang juga ada risiko yang sama.
So watch out and beware okey. jangan ambil mudah..


Kanser Pangkal Hidung (Nasofarink)


10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia

Kanser keempat yang paling biasa berlaku dan kanser ketiga di kalangan lelaki.

Nasofarink ni satu bahagian daripada tekak. Ia terletak di belakang hidung dan bahagian atas 1/3 tekak. Kedudukan nasofarink bermula di belakang hidung sehingga ke leher. (boleh lihat gambar di bawah)


Kanser Serviks (pangkal rahim)


Kanser serviks berpunca daripada perubahan sel yang disebabkan oleh virus yang disebut papilomavirus manusia (human papillomavirus - HPV).

Virus ini boleh berpindah daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui sentuhan yang berlaku semasa aktiviti seks. 

Virus je boleh berpindah tetapi penyakit kanser serviks itu sendiri tidak boleh berjangkit kepada individu lain.

10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia

Kanser Limfoma


Kanser limfoma ialah kanser yang terbentuk di dalam sistem limfa. Sistem limfa ialah sebahagian sistem imun tubuh. Ia mengandungi sel imun yang bernama limfosit. Limfosit inilah yang  berperanan untuk melindungi tubuh kita dari seranga virus, bakteria dan sebagainya.

Kanser limfoma berlaku apabila limfosit yang tidak normal membahagi dengan sangat cepat dan tumbuh tanpa kawalan.

Leukemia

Leukemia ialah kanser ketujuh yang kerap menyerang kaum lelaki dan wanita di Malaysia. Ia juga kanser yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1 hingga 14 tahun.

Kanser Ovari


Kanser yang keempat paling kerap menyerang wanita di Malaysia. Ovari ialah organ yang berfungsi mengeluarkan benih dan hormon bagi wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita yang berumaur 40 tahun ke atas.

Wanita yang ada ibu dan adik beradiknya pernah menghidap kanser ovari berisiko tinggi mendapat kanser ini juga. 


10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia


Kanser Perut

Kanser ini kerap berlaku di kalangan mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Biasanya orang lelaki yang ramai menghidap kanser perut. 


Kanser Hati

Mereka yang mengidap penyakit hepatitis B dan C secara kronik adalah berisiko untuk mendapat hepatoma. . Mereka yang mengidap penyakit hati hepatitis B kronik atau sirosis hati (pembentukan parut di hati daripada pelbagai punca) sangat-sangat berisiko untuk mengidap hepatoma.

Macam mana kita nak cegah dan elak kanser?


Ada beberapa cara yang boleh kita buat sebagai langkah pencegahan penyakit kanser. Langkah pencegahan ni memang wajib semua orang buat. Sebab apa penyakit kanser ni tak kira sesiapa pun semuanya berisiko. Lebih-lebih lagi bagi yang tak amalkan gaya hidup sihat.

Untuk mencegah kanser ada tiga perkara utama yang kita kena buat iaitu:
  • gaya hidup sihat. (tidak merokok, tidak minum arak)
  • diet yang seimbang
  • kurangkan stress

Faktor utama kanser adalah corak pemakanan yang tidak sihat dan seimbang. Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan dan juga resveratrol sangat membantu mencegah kanser.

Sirap ajaib Vivix Shaklee adalah pilihan saya. Vivix Shaklee ialah supelmen yang mengandungi antioksidan dan resveratrol yang sangat tinggi. Vivix Shaklee berupaya menghalang sel-sel kanser dari membahagi dan membiak.

Comments