Kenali Pencipta Suplemen Pertama Di Dunia

Produk Shaklee adalah suplemen semulajadi nombor satu di US. Nama shaklee diambil sempena nama pengasasnya iaitu Dr. Forrest C Shaklee. Meh kita berkenalan dengan pengasas produk shaklee yang hebat ni.

Beliau adalah anak kedua kepada Robert dan Martha Shaklee yang dilahirkan pada November 1894 di Carlisle, Iowa. Semasa dilahirkan bidan yang menyambut kelahirannya menghidap penyakit tuberculosis atau batuk kering. Doktor mengesahkannya dan mengjangkakan hayat beliau tidak panjang dan boleh hidup sehingga umur 8 tahun.

Tetapi ibunya tidak menyerah kalah. Dia percaya pada kuasa Tuhan dan kuasa alam. Salah satu usaha yang dibuat oleh ibunya ialah memasukkan pelbagai herba dan tumbuhan semulajadi ke dalam diet harian Dr. Forrest. Ilmu ini dipelajari daripada ibu dan nenek beliau.


Kenali Pencipta Suplemen Pertama Di Dunia

Berpindah ke Utara Iowa


Ibunya juga mengurut badan Dr. Forrest berulang kali dengan minyak dan ramuan herba. Bagi ibunya selagi Dr. Forrest mempunyai nafas dia mempunyai harapan untuk hidup.

Disebabkan penyakit ini keluarga beliau mengambil keputusan keluar dari Carlisle tempat perlombongan arang batu yang penuh dengan asap dan jelaga ke Utara Iowa. Mereka percaya satu-satunya rawatan untuk penyakit batuk kering ialah makanan yang sihat, udara yang bersih dan rehat yang mencukupi.

Beliau diberi makanan semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dan herba. Akhirnya pada umur 4 tahun beliau boleh duduk dengan sendirinya buat pertama kali. Sebelum tu beliau hanya berbaring saja.

Semasa beliau remaja telah lahir satu falsafah yang menjadi pegangannya iaitu “Living in harmony with nature” . Berpegang kepada prinsip inilah beliau menyatakan "Saya tidak akan mewujudkan satu produk yang akan merosakkan sel atau tisu dalam badan."


Mencipta suplemen pertama di dunia


Pada tahun 1915, pada usia 21 tahun, beliau telah mencipta satu produk yang mengandungi nutrien pekat yang diberi nama "MINERALS VITALIZED". Inilah vitamin atau suplemen pertama yang dicipta di dunia sejak 100 tahun yang lalu dan masih kekal wujud sehingga hari ini iaitu multivitamin yang diberi nama Vita-Lea Iron Formula.

Tahun 1915 menjadi satu tarikh yang sangat penting bagi Dr. Forrest Shaklee di mana beliau sangat berminat dengan kajian chiropractic. Beliau percaya banyak rahsia yang tersembunyi disebalik saraf tunjang, otak dan system saraf.

Kenali Pencipta Suplemen Pertama Di Dunia

Banyak lagi jasa dan sumbangan yang telah dilakar oleh Dr. Forrest dalam bidang . Kalau nak citer semua memang panjang. Banyak jasa dia untuk kita semua kan. Apa yang saya cerita kat atas tu sebahagian saja. 

InsyaAllah di lain masa saya akan sambung lagi cerita hebat Dr. Forrest C Shaklee ni.

Hebat tak hebat produk Shaklee ni sampai sekarang masih wujud lagi. Kalau ikutkan umurnya dah 100 tahun dah pun. Kalau manusia ni umur 100 dah tua sangat dah kan. Mungkin dah nyanyuk dah pun. 

Kalau produk tak bagus dan tak berkualiti takkan boleh bertahan sampai sekarang...Sampai sekarang orang masih mencari produk shaklee.

Comments