Kawal Kencing Manis Elak Komplikasi Buah Pinggang

Assalamualaikum..

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) menganggarkan sekurang-kurangnya 5 ribu kes baru penyakit kegagalan fungsi buah pinggang yang direkodkan di negara ini pada setiap tahun. Daripada jumlah tersebut lebih 60% terdiri daripada mereka yang menghidapi penyakit diabetes.

Maknanya apa? Maknanya 60% mereka yang mengalami buah pinggang rosak adalah berpenyakit kencing manis. Nampak tak kaitannya? Sesiapa saja yang ada kencing manis berisiko tinggi untuk menghadapi kerosakan buah pinggang. 

Kencing Manis Dan Insulin


Kencing manis atau diabetes merupakan satu penyakit di mana badan tidak lagi dapat menghasilkan insulin di pankreas atau tidak mampu menggunakan insulin yang dihasilkan dengan betul. 
Cegah Dan Kawal Kencing Manis Elak Komplikasi Buah Pinggang

Insulin merupakan sejenis hormon yang berfungsi menukar gula dalam darah kepada tenaga. Pars gula dalam darah yang tinggi dan tidak dikawal dalam masa yang lama boleh menyebabkan komplikasi (kesan-kesan) akibat kencing manis seperti kegagalan buah pinggang

Fungsi Buah Pinggang


Menurut Dr Wong Mun Hoe, Pakar Perunding Nefrologi di Hospital Pantai Klang, buah pinggang berfungsi sebagai 'penapis' dalam tubuh kita. Ia akan menapis bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh kita dan menyimpan bahan yang berguna sahaja.

Apabila organ penting ini tidak dapat berfungsi dengan baik akan menyebabkan masalah kesihatan yang lebih teruk dan serius.

"Diabetes dan kegagalan fungsi buah pinggang merupakan 2 perkara yang berkaitan antara satu sama lain. Statistik pada tahun 2013 menunjukkan lebih daripada 30,000 orang pesakit buah pinggang perlu menjalani dialisis untuk mencuci buah pinggang mereka. Daripada angka tersebut 60% adalah terdiri daripada mereka yang menghidapi penyakit kencing manis."


Daripada statistik ini telah jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa meraka yang mempunyai diabetes berisiko tinggi untuk mendapat masalah buah pinggang. 

Bahaya Kencing Manis Yang Tidak Terkawal


Kencing manis yang tidak diurus dengan baik akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Keadaan ini amat membahayakan saluran darah di seluruh badan terutama saluran darah kecil di glomerulus. Keadaan ini akan merosakkan keupayaan ginjal seseorang untuk bekerja menapis dengan sempurna.

Selain daripada kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik banyak lagi kesan buruk lain yang  boleh berlaku jika diabetes tidak dirawat dengan cara yang betul.  Pesakit diabetes juga berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung, lumpuh, mata rabun dan buta, saraf yang kurang rangsangan dan sebagainya.

Kita sama sekali tidak mahu perkara sebegini terjadi dalam kalangan ahli keluarga kita. Betul tak? Jadi apa yang perlu kita buat adalah amalkan hidup yang lebih sihat dan kawal corak pemakanan. Saya percaya dan yakin setiap penyakit berpunca dari apa yang kita makan.

Bak kata Dr. Muhaya nak tengok kesihatan kita hari ini lihatlah apa yang kita makan 10 tahun yang lalu. Dan nak tengok kesihatan kita 10 tahun yang mendatang lihatlah apa yang kita makan hari ini.

Kita tahu mencegah itu adalah lebih baik dari merawat. Jadi pilihlah untuk mencegah kencing manis. Bagi yang sudah pun ada diabetes, pilihlah untuk mengawal dengan bijak. Pilih untuk sihat. Sihat atau tidak kita yang tentukan bukan orang lain. Hidup sihat tanpa ubat itu lebih membahagiakan.

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE BANTU KAWAL KENCING MANIS


Di sini saya ingin berkongsi beberapa TESTIMONI VIVIX Shaklee yang diamalkan oleh mereka yang menghidapi kencing manis. Dengan izin Allah Vivix Shaklee telah terbukti berkesan dalam membantu menurunkan bacaan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.

TESTIMONI VIVIX 1
Cegah Dan Kawal Kencing Manis Elak Komplikasi Buah Pinggang


 TESTIMONI VIVIX 2

Cegah Dan Kawal Kencing Manis Elak Komplikasi Buah Pinggang

TESTIMONI VIVIX 3

Cegah Dan Kawal Kencing Manis Elak Komplikasi Buah Pinggang


TESTIMONI VIVIX 4

Cegah Dan Kawal Kencing Manis Elak Komplikasi Buah Pinggang



Bgai yang berminat nak mencuba Vivix untuk mengawal gula dalam darah boleh menghubungi saya sebagaimana di bawah.


Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.


JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!


Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee. Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.


Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan tentang produk yang hebat ini.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut: 
  • jadual pengambilan vitamin secara teratur
  • percuma konsultasi cara pengambilan vitamin  secara berterusan 
  • tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli 

💗Your trusted Shaklee Consultant
👉Puan Nor Akmal
📱 WhatsApp/telegram +6013-927 9846


Disclaimer:
"Produk Shaklee bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Produk Shaklee hanyalah supplemen iaitu vitamin untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."

Comments