Cara Saya Mengurus Masa Antara Bisnes Dan Kerjaya

Assalamualaikum..

Setiap orang biasanya akan ada time management sendiri. Tak kiralah siapa dia sekalipun, samaada berkerja makan gaji, berkerja sendiri atau suri rumah kita perlu mengurus masa dengan bijak.

Begitu juga dengan saya. Bekerja sepenuh masa sebagai seorang guru di sekolah rendah kebangsaa cina dalam masa yang sama aktif menjalankan bisnes produk Vitamin kegemaran ramai ni dan saya juga seorang isteri. Ia sememangnya sangat memerlukan saya pandai mengurus masa agar tanggungjawab hakiki saya sebagai seorang isteri dan guru tidak terabai.
  

Setiap orang di atas muka bumi ni Allah bagi 24 jam je sehari. So kita semua kena pandai-pandailah bahagi masa kan antara masa untuk bekerja, masa untuk beribadah dan masa untuk berehat. 

Jom kita baca dan hayati hadith Nabi Muhammad SAW di bawah ni.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat melainkan ditanya dahulu tentang empat perkara, tentang umurnya dan untuk apa dihabiskan, masa mudanya bagaimana ia mempergunakanya, hartanya dari mana ia memperolehinya dan untuk apa ia membelanjakannya dan tentang ilmunya bagaimana ia memanfaatkannya"

Pengurusan Masa Cara Saya


Mungkin setiap orang skillnya berbeza. Apa yang penting kita selesa dengan cara kita dan segala tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik. 


Berkorban masa


Bab berkorban masa tu memang wajib dah. Masa tidur dah tak sama dah dengan zaman sebelum kahwin dan zaman sebelum buat bisnes. Masa rehat pun sama juga. Masa rehat saya ialah masa tidur saya. Dulu ada masa free selalu layan citer korea. Sekarang dah jarang-jarang dah boleh tengok. Tengok tv pun kadang -kadang tak ada masa. 



Rangcang apa yang nak buat setiap hari



Apa yang nak buat setiap hari memang kena plan dengan baik. Kalau takut lupa apa yang saya nak buat pada hari itu biasanya saya akan tulis di atas kertas. Then saya akan tampal kat mana yang senang nampak, macam kat peti ais ke, kat cermin dalam bilik ke, kat SOHO. 


Sekarang dah ada aplikasi yang boleh kita listkan apa yang nak buat setiap hari. Sebelum tidur boleh list siap2 apa yang perlu buat hari esok. So tak delah kita lupa apa nak buat kan. Pentingnya untuk kita buat "to do list" setiap hari.

Multitasking itu wajib


Multitasking bukan untuk sistem komputer je tau. Untuk mereka yang super busy macam saya ni wajib la kena praktik bab multitasking ni. Dalam satu masa kita kena pandai buat banyak kerja. Itu namanya multitasking. Biasanya multitasking ni orang perempuan memang sangat la bijak. 

Apa yang biasa saya buat ialah sambil masak dalam masa yang sama layan mesej customer. Kadang-kadang sambil masak saya juga akan update blog, buat sharing di facebook atau instagram, buat poster dan sebagainya.

Fokus


Fokus ini juga sangat penting terutama bila sayanak update entry blog. Camne saya nak kekal fokus? Saya akan tutup data henpon. Bila tak tutup data whatsApp dari pelbagi group akan mengganggu fokus saya. Facebook pulak jangan cuba-cuba nak mula scroll. Bila dah start tu akan ralit. Nak tengok page yang jual jubah la, nak tengok page yang jual shawl la...

Jangan ikut macam saya okey..


Bila kita bijak mengurus masa, setiap saat yang ada akan dipenuhi dengan sesuatu yang bermanfaat. Bak kata pepatah Melayu "masa itu emas". Berharganya masa itu sampaikan kita orang Melayu menyamakannya seperti emas. Masa yang telah berlalu takkan dapat kita kejar semula.

Comments