Apa Persediaan Korang Menghadapi Musim Tengkujuh?

Assalamualaikum..

Bagi yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi di landa banjir korang mesti dah buat persediaan rapi nak hadapi musim tengkujuh ni kan.

Biasanya bila musim hujan ni saya memang ada di kampung. Rumah mak saya ni agak dekat juga dengan sungai. Dan kawasan rumah mak saya ni kebarangkalian nak kena banjir juga agak tinggi.

Pernah sekali rumah mak yang sekarang ni kena banjir. Masa tu tahun 2000. Kitaorang baru je pindah masuk rumah tu tak sampai sebulan. Barang pun baru habis kemas. Tanpa siapa sangka dan siapa duga rumah hampir tenggelam juga la.


Nasib baik rumah tu jenis tinggi. Jadi yang tenggelamnya bahagian dapur saja. Mujur juga banjir tu tak lama. Esok petang tu air dah mula surut dah.

Maka hari lusanya bermulalah aktiviti membersihkan rumah. Boleh tahan juga la selut yang bertempek kat dapur tu. 

Antara persediaan yang saya dan keluarga buat untuk menghadapi banjir ialah:

  • Stok lauk mentah mesti beli sampai penuh freeze. Maklumlah bila cuti akhir tahun ni adik beradik semua balik. Lauk mesti kena beli banyak-banyak. Senang kerja tak apayh hari-hari keluar pergi kedai beli. Hujan-hujan kan nak keluar rumah tak selesa kecuali ada urusan penting.
  • Jangan biarkan anak-anak bermain di luar rumah terutama selepas hujan. Biasa la kan bila lepas hujan air bertakung. tahu-tahu jela budak-budak ni suka sangat main air yang bertakung tu.
  • Pastikan anak-anak basuh tangan dan kaki dengan sabun selepas bermain di luar rumah
  • Standby nutriferon shaklee sebagai first aid di rumah. Mana tahu ada ahli rumah demam ke apa kan. Sebelum melarat telan nutriferon dulu. Nak tingkatkan imunisasi memang bagus sangat ambik nutriferon ni tau.
Apa Persediaan Korang Menghadapi Musim Tengkujuh?
Huda Ahmad - "Pernah abagi anak umur 1 tahun 6 bulan nutriferon hari tue..Demam + selesema + batuk  berkahak. Memang cepat sangat recovery dia.. Yang penting tak ada bagi dia makan ubat even paracetamol pun. Just tuam2 badan dan jaga suhu badan je. Alhamdulillah 2 hari demam dah kebah. Selesema pun tak sempat hidung. Kahak pun tak berbunyi dah. Saya bagi dia makan dengan Vitamin C Chew" 

  • Guna sabun basuh baju dan pelembut kain Shaklee. Bila musim hujan pakaian semua susah nak kering kan. Yelah kat kampung mesin basuh biasa je bukan dryer. Jadi baju confirmlah berbau busuk. Bila guna set sabun ni insyaAllah selesai masalah baju berbau..hiii
Apa Persediaan Korang Menghadapi Musim Tengkujuh?
Set sabun basuh kegemaran saya. Memang tak cari lain dah. Wangi je bau dia.

Set sabun basuh shaklee ni boleh juga guna untuk basuh baju baby tau. sebabnya sabun ni memang tak ada bahan kimia yang merbahaya. Sesuai yang amat untuk kulit sensistif dan alergik macam saya ni. Memang suka sangat set sabun basuh ni. Jatuh cinta berkali-kali. Selamanya Cinta..hihi..

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua..

Comments